Thursday, 4 August 2016

perjalanan sebelum ke upm...




hai.. hai.. asalamualaikum.. aku nak ceritakan sikit la pasal gambar ni.. gambar ni aku ambil masa dalam perjalanan nak pergi lapangan terbang.. memang dalam gambar ni aku tersenyum.. tapi disebalik senyuman aku tersirat satu kesedihan.. nak buat camne,, jauh kot nak tinggal family.. nak tahu aku nak pergi mana??? pergi mana lagi sambung belajar kat UPM Bintulu ni lerrrr... 

masa dalam perjalanan.. air mata duk bertakung di mata.. nak nangis malu.. hahah.. memang dalam kereta aku senyap je... nak buat camne duk terpikir tak boleh balik raya bersama famly, rndu fmly .. macam-macam la duk fikir.. tapi demi mahu bangga kan fmly aku gagahkan kaki aku untuk melanggah pergi nun jauh di sana... ambil masa dalam 1 jam lebih kot nak pergi lapangan terbang terengganu..

aku sempat la bebuka dengan fmly kawan aku tu sebelum terbang.. diaorang berkelah tepi lapangan terbang..mereka ajak aku join bebuka sekali.. aku on je la.. hahah.. tapi puasa hari tu aku rasa kenyang je.. berbuka pom xlalu.. urmm biasa la orang sedih kan.. makan pom tak lalu.. huhu.. lepas siap buka puasa tu.. aku bergerak ke lapangan terbang.. selepas solat aku bergerak masuk ke tempat perlepasan.. saat tu air mata menitis juga.. tak dapat dibendung lagi.. tak nak bagi nangis kenapa.. kata-kata semangat yang diaorang bagi kat aku tu buat aku terharu kot... masa duk di tempat perlepasan hati aku dah rindu fmly.. tu duk di semenajung lagi.. tak sampai serawak lagi....

urmm aku kuatkan hati juga meninggalkan keluarga buat semantara waktu.. aku harap dapat banggakan kelurga aku.. itu sebab aku teruskan pengajian aku di sini.. sekian sahaja dari anak perantau... 

Wednesday, 3 August 2016

kenapa manusia selalu menghadapi tekanan

Pernah anda mengalami STRESS??? 
tidak dinafikan setiap orang mempunyai masalah tekanan dalam diri masing-masing...namun tidak semua orang tahu apa yang menyebabkan seseorang itu STRESS...

Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan perasaan stress itu berlaku... antaranya ialah

  • terdapat masalah diri yang sukar untuk diluahkan kepada orang lain
  • masalah bersama keluarga
  • masalah di sekolah bagi seorang pelajar
  • masalah di  tempat kerja bagi orang dewasa..
  • masalah dengan pasangan
  • tidak dilupa juga masalah kewangan turut membawa kepada gejala stress..
namun kita sebagai orang yang dapat berfikir dengan waras sepatut nye dapat atasi masalah stress ini dengan pemikiran yang terbuka... bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana untuk mengatasi stress yang melanda diri masing...

masalah stress yang melampaui akan memberi kesan negetif emosi malah kepada tubuh badan juga ... stress akan menyebabkan mood seseorang terjejah atau boleh dikenali sebagai mood kelaut untuk mengambarkan emosi seseorang yang tidak berapa stabil... selain itu, kesihatan turut boleh tergangu apabila stress ini tidak diatasi dengan baik....

terdapat banyak cara yang dapat kita lakukan untuk mengatasi stress antaranya

  1. sentiasa tertawa.. ada pendapat mengatakan seseorang yang kuat ketawa sebenarnya mempunyai masalah dalam diri mereka.. oleh itu, dengan bergelak tawa mereka dapat mengurangakan stress yang emlanda diri mereka..
  2. mendegar lagu... bagi saya apabila stress saya akan mendengar lagu bagi memastikan jiwa menjadi releks dan dapat mengatasi masalah itu dengan lebih baik apabila keadaan diri sudah tenang..
  3. meluahkan masalah yang dipendam kepada mereka yang boleh dipercayai
  4. melakuakan aktiviti pada waktu petang bagi memastikan fikiran kita tenang


oleh itu, dinasihatkan kepada mereka diluar sana bijak lah mengatasi STRESS anda sebelum diri anda menjadi mangsa kekejaman stresss...



Pengalaman mencandat sotong

hai hai... hari ni aku nak ceritakan pengalaman pertama aku mencandat sotong..aku pergi pom dengan rakan aku lagi tiga orang yang prtikel sekali dengan aku.. bukan kami berempat jerrrr pergi... staf-staf tempat aku prtikel pom join sekali.. memang tak la kalau kami empat jerr pergi..tu nak cari penyakit namanya...maklumlah masing-masing belum berpengalaman lagi pasal candat mencandat ni... nasib baik ada staf yang baik hati masukkan nama kitorang... masa diaorang bagi tahu nak pergi candat..excited kotttt... biasa la budak tak pernah buat aktiviti macam tu....

tungu punya tungu.. tibalah tarikh 20/5. hah tarikh ni la aku pergi candat.. excited tu telah bertukar jadi takut sikit... tp sikit je laaaa. nak tahu kenapa??? ,mana tak takut nya..staf-staf yang dah banyak kali pergi duk cerita pengalaman masing-masing.. nak tahu cerita ap?? biasa la mabuk di lautan laaaa.. hahaha.. sekali dengar tu lawak jugak.. aku ketawa je dengan diaorang cerita pengalaman mereka.. tak nak bagi mabuk kenapa dah bot duk terhuyung hayang... kalau ak pom mabuk... yang lawak nya diaorang siap pesan lagi dekat kami jagan gelak bila dia mabuk... hahhaha..

first naik bot tu excited weyyy..nak buat camne mana la pernah naik bot nelayan kan... hahha.. tapi sejam sebelum naik bot tu aku telan ubat mabuk laut dulu.. takut mabuk kata kan... tapi memang ubat tu power arr.. kenapa aku cakap power?? iya la sepanjang aku mencandat aku tak mabuk kot... cuma sorang je kawan aku yang makan ubat tu mabuk.. yang lain mana telan ubat tu bertahan sampai pagi kottt... hehehe..mungkin antibodi kawan aku tu tak kuat kottt.. hahaha..

masa duk atas bot tu macam-macam aku makan takut mabuk la kan.. sampai staf sorang tu pesan kat aku suruh aku stop makan takut muntah nanti.. tapi ada aku kisah.. aku makan jugak.. hahah.. masa atas bot tu.. diaorang bagi alat candat sotong.. entah apa nama aku pom lupa..haha.. memang excited aku mencandat... tunggu punya tunggu ada la sorang staf ni dapat tangkap sekor sotong... aku apa lagi bertambah excited la weyyyy.. dah la comey sotong tu bila duk atas bot.. jernih je warna...

lepas sorang,, sorang dapat tangkap sotong.. tengok orang boleh hasil aku pom terlebih excited la weyyyy.. aku cuba juga,, cuba juga sampai lah pukul 3 pagi...tapi hampehhh satu pom aku tak dapat tangkap sotong.. sedihhh weyyyy... tapi aku nak cakap serius comey kot sotong duk dalam laut malam-malam.. nampak macam bercahaya jerrr,, mungkin sebab badan dia jernih kottt...

aku pom tak larat dah nak tunggu aku pom lena la atas bot tu.. rasa macam tidur dalam buai jerrr... terhuyung hayang bot... kadang-kadang aku tersedar juga tengok kawasan sekeliling...sampai la ke pagi aku tidur.. putus asa dah sebab sekor pom sotong tak nak lekat kat alat candat aku...

bangun-bangun tidur pergi basuh muka jerrr.. mandi memang tak boleh la seksa tau tak sarian tidak mandi.. tapi nak buat camne terpkasa... sarapan pagi tu dengan maggi sotong jerrr.. besttt wooo... sotong manis je rasa.. maklum lah sotong fress dari laut kan... hahahha..

pagi tu badan pom dah penat digoncang bot.. apa lagi balik je la.. sebelum balik tu,, sempat la bahagikan sotong-sotong tu sikit sorang.. walaupun ak xdapat sekor sotong pom,, diaorang bagi juga kat ak.. bagi sama rata la... bia dapat merasa sorang sikit.. huhuhu...

pengalaman ni aku tak kan lupa sampai bila-bila... lau ada kesempatan lagi,, aku nak join lagi.. memang besttt laaaaa... memang tidak menyesal... sekian...